Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Farid Kamil

Farid Kamil
فريد کميل
Farid semasa sesi pratonton filem Hantu Gangster.
Kelahiran
Farid Kamil bin Zahari

(1981-05-05) 5 Mei 1981 (umur 43)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1999–kini
Ketinggian1.84 m (6 ka ​ 38 in)
PasanganDiana Danielle (k. 2012)
Anak-anak2
Ibu bapaDato' Dr. Zahari Che Dan (bapa)
Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (ibu)
SaudaraFadzil Zahari (adik)
Yana Samsudin (adik ipar)

Farid Kamil Zahari (Jawi: فريد کميل زهاري; lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.[1]

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[2] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.[3][4] Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan dikurniakan dua cahayamata.[5][6]

  1. ^ Aznan Bakar (29 September 2020). "Hikmah kontroversi kata Farid Kamil". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 September 2020.
  2. ^ Farid tidak angkat mat rempit Diarkibkan 2018-07-10 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 17 Mac 2010.
  3. ^ pernah meminjam motor yamaha sokan rizal@pacat, 2012 uji kejantanan Farid Kosmo!. 18 Oktober 2012.
  4. ^ Farid Kamil Pentingkan Nilai Komersial Malaysian Access. 27 Mac 2016.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Farid & Diana
  6. ^ Dennis Chua (6 Februari 2020). "#Showbiz: "I'm so lucky to have Diana" - Farid Kamil". New Straits Times. Dicapai pada 30 September 2020.

Previous Page Next Page






فريد كامل Arabic فريد كامل ARZ Farid Kamil English Farid Kamil ID

Responsive image

Responsive image