America's Most Beloved Ballpark[1] Friendly Fenway The Cathedral of Baseball | |
Alamat | 4 Jersey Street Amerika Syarikat |
---|---|
Lokasi | Boston, Massachusetts, A.S. |
Koordinat | 42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°WKoordinat: 42°20′46.5″N 71°5′51.9″W / 42.346250°N 71.097750°W |
Pemilik | Fenway Sports Group |
Pentadbir | Fenway Sports Group / Boston Red Sox |
Kapasiti | 37,305 (hari) 37,755 (malam)[2] |
Rekod kehadiran | 47,627[3] |
Saiz Padang | Kiri padang: 310 ft (94.5 m) Kiri Dalam Padang: 379 ft (115.5 m) Pusat Padang: 389 ft 9 in (118.8 m) Kanan Pusat Padang: 420 ft (128 m) Pusat Kanan: 380 ft (115.8 m) Kanan Padang: 302 ft (92 m) Backstop: 60 ft (18.3 m) |
Permukaan | Kentucky Blue Grass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 25 September 1911 |
Dibuka | 20 April 1912 |
Pengubahsuaian | 1988, 2002–2011, 2017 |
Diperluas | 1934, 1946, 2002–2011, 2017, 2022 |
Kos pembinaan | AS$650,000 ($14.7 juta dalam 2016 dolar[4]) |
Arkitek | James E. McLaughlin[5][6] |
Jurutera struktur | Osborn Engineering Corp.[6] |
Kontraktor am | Charles Logue Building Company, Coleman Brothers, Inc.[6] |
Tuan rumah | |
Boston Red Sox (MLB) (1912–kini) Boston Braves (MLB) (1914–1915) Boston Bulldogs (AFL) (1926) Boston Redskins (NFL) (1933–1936) Boston Shamrocks (AFL) (1936–1937) Boston Yanks (NFL) (1944–1948) Boston Patriots (AFL) (1963–1968) Boston Beacons (NASL) (1968) | |
Fenway Park | |
No. rujukan NRHP | 12000069[7] |
Ditambahkan ke NRHP | 7 Mac 2012 |
Fenway Park ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak tahun 1912, ia telah menjadi stadium besbol bagi pasukan Major League Baseball (MLB), Boston Red Sox. Sejak tahun 1953, Red Sox kekal sebagai satu-satunya pasukan MLB yang menggunakan stadium tersebut. Stadium ini telah dibina semula pada tahun 1934[8] dan menjalani beberapa pengubahsuaian dan penaiktarafan pada abad ke-21. Fenway Park masih menjadi stadium besbol tertua di MLB.[9] Stadium besbol ini merupakan stadium kelima terkecil dari segi kapasiti tempat duduk, kedua terkecil dari segi jumlah kapasiti dan merupakan satu daripada lapan stadium yang dapat memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton.
Fenway telah melangsungkan 11 acara Siri Dunia di mana Red Sox memenangi enam daripadanya manakala Boston Braves pula menjuarainya sekali. Selain perlawanan besbol, stadium ini juga menganjurkan pelbagai acara sukan dan budaya termasuk aksi bola sepak Amerika bagi pasukan Boston Redskins, Boston Yanks dan Boston Patriots; konsert; bola sepak dan hoki serta kempen politik dan keagamaan.
Pada 7 Mac 2012, Fenway Park telah ditambah ke dalam Senarai Tempat Bersejarah Kebangsaan Amerika Syarikat.[10][11] Ia mempunyai mercu tanda di hujung laluan warisan Boston Irish. Bahkan, bekas pelempar Bill Lee menganggap Fenway Park sebagai satu tempat keramat.[12] Stadium ini juga dalam proses menjadi Mercu Tanda Boston, yang akan dapat mengawal segala perubahan dikenakan ke atas stadium.[13] Fenway dianggap sebagai salah satu venue sukan di dunia yang tersohor dan menjadi simbol Boston.[14]