Festival Filem Indonesia | |
---|---|
Anugerah Citra dan Anugerah Vidia | |
Nama asli | Festival Film Indonesia (id) |
Jenis | Festival filem, acara tahunan |
Penerangan | Prestasi dalam industri perfileman |
Tempat | Indonesia |
Negara | Indonesia |
Disampaikan oleh | Badan Perfilman Indonesia |
Kali pertama | 1955 (Anugerah Citra) 1986 (Anugerah Vidia)[1] |
Tapak web | |
www.pialacitra.com | |
sunting · sunting di Wikidata |
Festival Film Indonesia atau FFI ialah anugerah majlis tahunan Indonesia yang mengiktiraf pencapaian sinematik dalam industri filem Indonesia yang dianjurkan oleh Lembaga Film Indonesia. Festival ini menampilkan pengumuman pemenang Piala Citra dan pembentangan filem terbaik dihasilkan studio-studio serata Indonesia setiap tahun.
Majlis anugerah pertama kali diadakan pada 1955 (dinamakan Pekan Apresiasi Filem Nasional, ditukar ke dalam Festival Film Indonesia pada tahun 1973). Pada tahun 1986, festival itu juga menghormati anugerah untuk filem televisyen dengan anugerah yang dipanggil Piala Vidia.
Majlis anugerah ini sering dibandingkan dengan Anugerah Akademi di Amerika Syarikat, ia juga setara dengan Festival Filem Malaysia di Malaysia.