Fidel Castro | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba | |
Dalam jawatan 3 Oktober 1965 – 19 April 2011 | |
Timbalan | Raúl Castro |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Raúl Castro |
Presiden Cuba | |
Dalam jawatan 2 Disember 1976 – 24 Februari 2008 | |
Timbalan | Raúl Castro |
Didahului oleh | Osvaldo Dorticós Torrado |
Digantikan oleh | Raúl Castro |
Perdana Menteri Cuba | |
Dalam jawatan 16 Februari 1959 – 2 Disember 1976 | |
Presiden | Manuel Urrutia Lleó Osvaldo Dorticós Torrado |
Didahului oleh | José Miró Cardona |
Digantikan oleh | Jawatan dimasnuhkan |
Setiausaha Agung NAM ke-7 dan ke-23 | |
Dalam jawatan 16 September 2006 – 24 Februari 2008 | |
Didahului oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
Digantikan oleh | Raúl Castro |
Dalam jawatan 10 September 1979 – 6 Mac 1983 | |
Didahului oleh | Junius Richard Jayawardene |
Digantikan oleh | Neelam Sanjiva Reddy |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Birán, Cuba | 13 Ogos 1926
Meninggal dunia | 25 November 2016 Havana, Cuba | (umur 90)
Parti politik | Parti Komunis Cuba |
Pasangan | Mirta Diaz-Balart (1948–1955) Dalia Soto del Valle (1980–kini) |
Anak | Fidel Ángel Castro Diaz-Balart Alina Fernandez-Revuelta Alexis Castro-Soto Alejandro Castro-Soto Antonio Castro-Soto Angel Castro-Soto Alex Castro-Soto Jorge Angel Castro Francisca Pupo |
Tempat belajar | Universiti Havana |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Tandatangan | ![]() |
Fidel Alejandro Castro Ruz (Sebutan Sepanyol: [fiˈðel ˈkastro] ( audio); 13 Ogos 1926 - Havana November 25, 2016) ialah ketua Cuba sejak 1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai. Sebagai pemimpin utama Revolusi Cuba, Castro menjadi Perdana Menteri Cuba dari Februari 1959 hingga Disember 1976, dan kemudian Presiden Cuba. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara komunis pertama di Hemisfera Barat. Castro mengumumkan persaraan beliau sebagai Presiden Cuba pada 18 Februari 2008.[1][2][3] Castro juga merupakan Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba dari pengasasannya pada 1961 hingga April 2011. Dalam kedua-dua jawatan, beliau digantikan oleh adiknya Raúl Castro, yang pernah menjadi Menteri Pertahanan di bawahnya antara 1959 dan 2008.[4]
Castro mula-mula menarik perhatian dalam arena politik Cuba melalui aktivisme pelajarnya. Nasionalismenya yang bersifat terus terang, dan kritiknya yang radikal terhadap Batista dan pengaruh korporat dan politik Amerika Syarikat membawanya pengikut serta kritikan dan perhatian daripada pihak berkuasa. Kemudian, kepimpinan serangan Tangsi Moncada pada 1953, buangan yang berikutnya serta serangan gerila ke atas Cuba pada Disember 1956 mengeratkan kemasyhurannya di seluruh dunia. Sejak Castro naik ke takhta kerajaan pada 1959, beliau telah memeliharakan profil yang tinggi serta menimbulkan perbalahan. Castro merupakan seorang pemimpin yang amat berkontroversi dan telah dipandang oleh sebahagian orang sebagai diktator, tetapi ada juga yang memandangnya sebagai pemimpin yang sah dan popular.
Dari segi antarabangsa, selepas kegagalan Serangan Teluk Babi oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba pada 1961, kepimpinannya telah ditandai dengan:
Dalam negeri, Castro menyelia perlaksanaan reformasi tanah, mengikuti dengan pengkolektifan pertanian, pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma.
|publisher=
(bantuan)
Raul, 76, has in effect been president since and the National Assembly vote was seen as formalising his position.