Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Franz Anton Beckenbauer | ||
Tarikh lahir | 11 September 1945 | ||
Tempat lahir | Munich, Jerman | ||
Tarikh kematian | 7 Januari 2024 | (umur 78)||
Tempat kematian | Salzburg, Austria | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Kerjaya remaja | |||
1951–1959 | SC München von 1906 | ||
1959–1964 | Bayern Munich | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1964–1977 | Bayern Munich | 439 | (64) |
1977–1980 | New York Cosmos | 80 | (17) |
1980–1982 | Hamburger SV | 28 | (0) |
1983 | New York Cosmos | 25 | (2) |
Jumlah | 572 | (83) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1964 | Belia Jerman Barat | 3 | (3) |
1965 | Jerman Barat B | 2 | (0) |
1965–1977 | Jerman Barat | 103 | (14) |
Pasukan diurus | |||
1984–1990 | Jerman Barat | ||
1990–1991 | Marseille | ||
1993–1994 | Bayern Munich | ||
1996 | Bayern Munich | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Franz Anton Beckenbauer (Sebutan bahasa Jerman: [fʁant͡s ˈbɛkənˌbaʊ̯ɐ]; lahir 11 September 1945 – 7 Januari 2024) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Beliau digelar Der Kaiser ("Maharaja") kerana gaya permainan dan kepimpinannya di atas padang serta nama depannya, "Franz" mengingatkan kepada Maharaja Austria. Beliau dianggap salah satu pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak.[1][2] Seorang pemain yang serba boleh memulakan kariernya di posisi pemain tengah namun Beckenbauer mencipta namanya sebagai pertahanan. Beliau sering dianggap sebagai pencipta posisi sweeper moden atau dikenali sebagai libero.[3]
Dua kali diumumkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah, Beckenbauer beraksi sebanyak 103 perlawanan buat Jerman Barat dan tampil dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau bersama Mário Zagallo dari Brazil, kedua-duanya meraih Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus. Beckenbauer meraih trofi Piala Dunia sebagai kapten pasukan pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pada 1990. Selain itu, beliau turut merangkul trofi Kejohanan Eropah di peringkat antarabangsa dan Piala Eropah di peringkat kelab dan kedua-duanya pencapaian tersebut sebagai kapten pasukan. Beliau disenaraikan ke dalam "Pasukan Dunia Abad ke-20" pada tahun 1998, "FIFA World Cup Dream Team" pada tahun 2002 dan FIFA 100 pada tahun 2004 iaitu kalangan pemain bola sepak terhebat.[4][5]
Di peringkat kelab bersama Bayern Munich, Beckenbauer meraih Piala Pemenang UEFA pada tahun 1967 dan tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Selepas bersara, beliau menjadi pengurus dan presiden Bayern Munich. Selepas dua tempoh bersama New York Cosmos, beliau diserap ke dalam "National Soccer Hall of Fame" Amerika Syarikat.
Pada hari ini, Beckenbauer kekal sebagai tokoh dalam bola sepak Jerman bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya membawa Jerman memenangi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2006 dan mengetuai jawatankuasa penganjur. Beliau kini bekerja sebagai pundit untuk Sky Deutschland dan kolumnis untuk akhbar Bild.