Fujian | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: 闽 (Pinyin: Mǐn) | |||||||||
Asal-usul nama | 福 fú - Fuzhou 建 jiàn - Jian'ou | ||||||||
Jenis pentadbiran | Wilayah | ||||||||
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Fuzhou | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Lu Zhangong | ||||||||
Gabenor | Huang Xiaojing | ||||||||
Luas | 121,400 km2 (46,900 bt2) (23) | ||||||||
- Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
- Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
Penduduk (2004) - Kepadatan |
35,110,0001 (18) Error in convert: Needs the number to be converted (help) (14) | ||||||||
KDNK (2004) - per kapita |
CNY 605.3 bilion (11) CNY 17,200 (7) | ||||||||
HDI (2005) | 0.784 (sederhana) (9th) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Han - 98% She - 1% Hui - 0.3% | ||||||||
Peringkat prefektur | 9 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 851 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 11071 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-35 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.fujian.gov.cn (Cina) Templat:Addrow 1Ini merupakan perangkaan rasmi PRC. Quemoy disertakan sebagai sebuah mukim dan Matsu saebagai sebuah perbandaran. | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
Fujian (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 福建 ; pinyin: Fújiàn; Ejaan peta pos: Fukien, Foukien; transliterasi tempatan Hokkien dari Min Nan atau bahasa Taiwan Hok-kiàn) ialah salah sebuah wilayah di pesisiran pantai tenggara China. Fujian bersempadan dengan Zhejiang(浙江) di utara, Jiangxi(江西) di barat, dan Guangdong(广东) di selatan. Pulau Taiwan terletak di timurnya, menyeberangi Selat Taiwan. Nama Fujian dicipta sewaktu Dinasti Tang(唐朝), berasal daripada gabungan Fuzhou(福州) dan Jian'ou, dua buah kota di Fujian.
Kebanyakan tanah Fujian ditadbir oleh Republik Rakyat China (PRC). Sementara itu, kepulauan Kinmen (dahulunya dikenali sebagai Quemoy) (Bahasa Cina: 金門 ; pinyin: Jīnmén) dan Matsu (Bahasa Cina: 馬祖 ; pinyin: Măzŭ) di bawah kawalan Republik China (ROC) yang bertapak di Taiwan. Maka, secara de facto terdapat dua wilayah yang sama nama (dari segi pertubuhan kerajaan). Nama kedua-dua pihak ini dipaparkan dalam sistem perumian bahasa Mandarin yang berbeza. Pihak PRC mengeja nama wilayah ini dalam Hanyu Pinyin(汉语拼音), iaitu "Fujian", manakala pihak ROC mengejanya dalam Tongyong Pinyin, Wade-Giles dan ejaan peta pos, iaitu masing-masing "FuJian", "Fuchien" dan "Fukien".
Kewujudan dua kerajaan wilayah Fujian yang selari ini merupakan satu kesan Perang Saudara China(国共内战). Setelah kehilangan tanah besar China (termasuk kebanyakan kawasan Fujian) kepada pihak komunis pada tahun 1949, Republik China (ROC) berundur ke Taiwan sambil mengekalkan kuasanya terhadap sebilangan kecil pulau-pulau luar pesisir Fujian. Sejak itu, pihak PRC (tanah besar) dan ROC (Taiwan) selama ini mengekalkan kerajaan wilayah yang berasingan untuk Fujian. Rencana ini lebih cenderung kepada kawasan Fujian di bawah pentadbiran PRC; lihat Fujian (Republik China) untuk meklumat lanjut mengenai wilayah Fujian ROC.
Fuzhou(福州) merupakan ibu wilayah Fujian di bawah kawalan PRC manakala Kinmen dijadikan pusat pentadbiran wilayah Fujian ROC, namun secara amali kebanyakan kuasa di Fujian kawalan ROC ditugaskan kepada daerah-daerah Kinmen dan Kepulauan Matsu(马祖群岛).