Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gabriel Omar Batistuta | ||
Tarikh lahir | 1 Februari 1969 | ||
Tempat lahir | Avellaneda, Argentina | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1987–1988 | Newell's Old Boys | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1988–1989 | Newell's Old Boys | 16 | (4) |
1989–1990 | River Plate | 19 | (3) |
1990–1991 | Boca Juniors | 30 | (13) |
1991–2000 | Fiorentina | 269 | (168) |
2000–2003 | Roma | 63 | (30) |
2003 | → Inter (pinjaman) | 12 | (2) |
2003–2005 | Al Arabi | 21 | (25) |
Jumlah | 430 | (245) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1991–2002 | Argentina | 78 | (56) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Gabriel Omar Batistuta (lahir 1 Februari 1969) atau dengan nama samarannya Batigol, merupakan seorang bekas pemain bola sepak Argentina. Penyerang Argentina ini banyak menghabiskan kariernya di kelab Fiorentina dari Itali. Di sana, beliau menghabiskan selama sembilan musim iaitu dari tahun 1991 sehingga tahun 2000. Batistuta juga menduduki tempat ke-11 sebagai penjaring terbanyak Serie A, iaitu menjaringkan 184 gol dalam 318 perlawanan.
Di peringkat antarabangsa pula, Batistuta merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pasukan Argentina dengan menjaringkan 56 gol dalam 78 perlawanan. Beliau juga mengambil bahagian dalam tiga edisi Piala Dunia. Pada tahun 1999, beliau mendapat tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada 2004, beliau disenaraikan oleh Pelé ke dalam FIFA 100, iaitu senarai pemain terbaik dunia. Diego Maradona mengatakan bahawa Batistuta merupakan penyerang terbaik yang pernah beliau lihat ketika perlawanan.
Ketika Fiorentina menduduki tangga tercorot Serie A lalu tersingkir ke Serie B pada 1993, Batistuta tetap bersama kelab itu dan membantu Fiorentina untuk kembali semula ke Serie A setahun kemudian. Sebagai seorang pemain terkenal di Florence, peminat Fiorentina telah mendirikan tugu gangsa untuk Batistuta pada 1996. Beliau tidak pernah memenangi scudetto bersama Fiorentina namun apabila beliau berpindah ke Roma pada musim 2000, beliau akhirnya menjulang trofi Serie A lalu mengakhiri kariernya di Itali. Beliau menghabiskan kariernya di kelab Al-Arabi dari Qatar sebelum membuat persaraan pada 2005.