Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (juga lebih dikenali sebagai PERKASA atau Sarawak United People's Alliance) merupakan sebuah gabungan parti politik tempatan Sarawak yang baharu dan akan didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Gabungan parti politik ini ditubuhkan hasil kerjasama dua parti politik tempatan berhaluan tengah kanan utama di Sarawak, iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBKS).