Koordinat: 01h 33m 50.9s, +30° 39′ 36″
Galaksi Triangulum | |
---|---|
![]() Galaksi Messier 33 dalam Triangulum (Galaksi Triangulum) | |
epok data pecerapan (J2000) | |
Sebutan | /traɪˈæŋɡjʊləm/ |
Buruj | Triangulum |
Jarak hamal | 01j 33m 50.02s[1] |
Keserongan | +30° 39′ 36.7″[1] |
Anjakan merah | -0.000607 ± 0.000010[1] |
Halaju jejarian helio | -179 ± 3 km/s[2] |
Halaju galaktosentrik | -44 ± 6 km/s[2] |
Jarak | 970 kpc (3.2 Mly)[3] |
Magnitud ketara (V) | 5.72[1] |
Ciri-ciri | |
Jenis | SA(s)cd[2] |
Jisim | ×1010 5[4] M☉ |
Bilangan bintang | 40 billion (×1010) 4[6] |
Saiz | 18.74 kpc (61,120 ly) (diameter; 25.0 mag/arcsec2 B-band isophote)[5][6] |
Saiz ketara (V) | 70.8 × 41.7 arkaminit[1] |
Penamaan lain | |
NGC 0598, MCG+05-04-069, UGC 1117, PGC 5818[2] |
Galaksi Triangulum (juga dikenali sebagai Galaksi Segi Tiga; Jawi: ڬالكسي سڬي تيݢ ; Messier 33 atau NGC 598) adalah sebuah galaksi pilin yang terletak kira-kira 3 juta tahun cahaya di dalam buruj Triangulum. Galaksi itu juga dirujuk sebagai Galaksi Pinwheel oleh rujukan astronomi[7] dalam sesetengah orang awam melalui laman web.[8]. Walaupun, SIMBAD Astronomical Database, pangkalan data astronomi profesional yang mengandungi nama untuk objek astronomi, menunjukkan bahawa nama "Pinwheel Galaxy" yang dirujuk kepada Messier 101,[9] dan sumber astronomi dan laman-laman awam juga mengenal Messier 101 dengan nama itu[10][11].
Ia adalah galaksi ketiga terbesar dalam Kumpulan Tempatan, kumpulan galaksi yang juga mengandungi Galaksi Bima Sakti dan Galaksi Andromeda, dan ia mungkin objek yang diikat kepada Galaksi Andromeda. Kerdil Pisces (LGS 3), satu daripada ahli Kumpulan Tempatan berkemungkinan ialah satelit bagi Triangulum.