Garuda ݢرودا Garuḍa (Skt.) Garuḷa (Pl.) | |
---|---|
Nama lain | Kaśyapi; Wainateya;Suparṇna; Garutmān; Dakṣāya; Śālmalin;Tārkṣya; Wināyaka;dan lain-lain. |
Devanagari | गरुड |
Gabungan | Burung; Setengah dewa |
Garuda (Bahasa Sanskrit; Bahasa Jawa; Bahasa Bali: garuḍa गरुड; Bahasa Pali garuḷa; Bahasa Burma: ဂဠုန် ɡəlòuɴ; Bahasa Tamil: karutan; Bahasa Thailand; Bahasa Lao; Bahasa Khmer: ครุฑ khrut; Bahasa Mongol: garid гарьд) merupakan burung gergasi mitos atau makhluk seperti burung yang wujud dalam mitos Hindu dan Buddha.
Dari pandangan India, Garuda merupakan nama Hindu bagi buruj Aquiladan "Brahminy kite" di anggap sebagai perwakilan kini bagi Garuda.[1]
Indonesia mengambil pendekatan lebih stylis bagi gambaran Garuda sebagai simbol kebangsaannya, di mana ia menggambarkan helang (lebih besar berbanding "Brahminy kite").[2] Ia juga dikenali ramai sebagai syarikat pengangkutan udara Indonesia, Garuda Indonesia. Garuda juga turut merujuk kepada Pasukan Bola Sepak Indonesia National dalam perlawanan antarabangsa, sebagai Pasukan Garuda. [3]