Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Gelombang hijau

Dari atas, arah jam:
Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menunaikan solat dalam sebuah masjid di Terengganu; Muhammad Sanusi Md Nor membuat "Tabik Hormat Sanusi" dengan penyokongnya di Johor; Peratusan pengundi etnik Melayu & Orang Asli dan Cina di kawasan parlimen Malaysia 2018; Penyokong Perikatan Nasional (PN) mengibarkan bendera mereka di hari penamaaan calon pada Pilihan raya negeri Malaysia 2023 di Lenggeng, Negeri Sembilan; Simbol PN dan PAS yang digunakan pada pilihan raya, dimana simbol PAS digunakan di Kelantan dan Terengganu manakala PN di negeri-negeri lain.

Gelombang Hijau (Jawi: ڬلومبڠ هيجاو), atau dikenali sebagai Tsunami Hijau (Jawi: تسونامي هيجاو), Gelombang / Tsunami Melayu (Jawi: ڬلومبڠ / تسونامي ملايو), Gelombang Rakyat (Jawi: ڬلومبڠ رعيت), alternatifnya sebagai Gelombang Perikatan Nasional (PN) (Jawi: ڬلومبڠ ڤريكتن ناسيونل), ialah fenomena politik yang berlaku di Malaysia sejak sekitar pilihan raya umum Malaysia 2022.[1][2][3] Fenomena politik ini terutamanya melibatkan pengundi konservatif Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang kebanyakannya berasal dari pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Secara ideologi, fenomena itu berkisar tentang perkembangan gerakan sayap kanan dan nasionalistik yang menyokong penguatan hegemoni MelayuMuslim dalam politik Malaysia.[1][2][3]

  1. ^ a b "Malaysia's 'Green Wave' Was a Long Time Coming". Fulcrum Singapore. 26 Januari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ a b "'Green wave' sweeps over voters". The Star. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  3. ^ a b "Iman Research: PAS' 'green wave' long time coming, came from lack of Pakatan presence and winning over first-time voters". Malay Mail. 20 Januari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.

Previous Page Next Page






Green Wave (Malaysia) English 绿色浪潮 Chinese

Responsive image

Responsive image