Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Gempa bumi Haiti 2010

Gempa bumi Haiti 2010
Tarikh16:53:10, 12 Januari 2010 (−05:00) (2010-01-12T16:53:10−05:00)
21:53:10, 12 Januari 2010 (UTC) (2010-01-12T21:53:10Z)
Magnitud7.0 Mw
Kedalaman13 kilometer (8.1 bt)
Koordinat18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533Koordinat: 18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533
Kawasan terjejasHaiti
Keamatan maksimumMM X[1]
Gegaran susulan42[2]
Korban230,000 disahkan maut[3]

Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010,[4][5] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9.[6] Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini;[7] Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[8] Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera.[3] Mereka juga menganggarkan 250,000 rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.[9]

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[10] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[11][12]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pager2010rja6
  2. ^ "Earthquake List". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-15. Dicapai pada 14 Januari 2010.
  3. ^ a b Haiti raises earthquake death toll to 230,000 MSNBC
  4. ^ "USGS Magnitude 7.0 – HAITI REGION". Dicapai pada 13 Januari 2010.
  5. ^ Millar, Lisa (2010-01-17). "Tens of thousands isolated at quake epicentre". ABC News. Dicapai pada 2010-01-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Earthquake Center, USGS. "Latest Earthquakes M5.0+ in the World – Past 7 days". Earthquake Hazards Program. United States Geological Survery. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  7. ^ "Red Cross: 3M Haitians Affected by Quake". CBS News. 13 Januari 2010. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  8. ^ Sutton, Jane (15 Januari 2010). "Haiti quake death toll may hit 200,000-minister". Reuters Alertnet. Reuters. Dicapai pada 15 Januari 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ Clarens Renois (5 Februari 2010). "Haitians angry over slow aid". The Age. Dicapai pada 5 Februari 2010.
  10. ^ "Haiti After The Quake". Thaindian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 2010-01-20.
  11. ^ "Briefing by Martin Nesirky, Spokesperson for the Secretary-General, and Jean Victor Nkolo, Spokesperson for the President of the General Assembly". United Nations. 13 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  12. ^ "Clinton visits quake-hit Haitians". BBC News. 16 January 2010. Dicapai pada 16 January 2010.

Previous Page Next Page