Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Gerak Khas

Gerak Khas
GenreAksi, drama, jenayah, thriler, misteri, saspens
PenciptaDatuk Yusof Haslam
Dibangunkan oleh
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
Dibintangi oleh
Lihat di bawah
Penggubah lagu tema
Hafiz Hamidun
Lagu pembukaan"Gerak Khas"
Lagu penutup"Gerak Khas"
PenggubahYusof Kelana
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu[a]
Bilangan musim20
Bilangan episod1,054 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifFetty Hj. Ismail
Salmah Hj.Ismail
Syamin Yusof
Syafiq Yusof
PenerbitACP (K) Datuk Yusof Haslam
PenyuntingShahrul Dhoman
Faizal Karim
Wan Norhadi Wan Noh
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran43–44 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalRTM:
TV1 (1999–2003, 2004–2006)
TV2 (2003–2004; 2006–2020)
Media Prima:
TV3 (2020–2021)
Format gambar
Format audio
Siaran asal5 April 1999 (1999-04-05) – 27 Mac 2021 (2021-03-27)
Kronologi
Rancangan berkaitan

Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Drama ini bersiaran dari 5 April 1999 hingga 27 Mac 2021. Drama ini pernah kembali disiarkan di TV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudian Gerak Khas bersiaran semula di TV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[3] Siri ini turut mencetukan adaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005.

Barisan pelakon Gerak Khas bersilih ganti, dengan pengecualian Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, ACP Shaharon Anuar dan Abby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak siri ini diperkenalkan. Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[4] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan lalu digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.[5][6]

Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir tiga tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[7][8] Siri ini kembali dengan musim ke-20 yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 4 Disember 2020 dengan musim ke-20 ini menjadi musim terakhir.[9] Pada 1 Oktober 2021, Gerak Khas kembali bersiaran dengan nafas baru berjudul Gerak Khas Undercover.

  1. ^ Rashid Sibir (Pengarah) & Yusof Haslam (Penerbit) (2019). Gerak Khas (Musim 19): "Kilau Kota" (Televisyen). Malaysia: TV2.
  2. ^ Yusof Kelana (Pengarah) & Yusof Haslam (Penerbit) (2019). Gerak Khas (Musim 19): "Ops Serambi" (Televisyen). Malaysia: TV2.
  3. ^ "Write better papers, faster! -Online Research Library: Questia". Dicapai pada 27 May 2015.
  4. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  5. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
  6. ^ Haryati Karim (23 Mei 2009). Gerak Khas terkena 'sumpahan'? Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 26 April 2010.
  7. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
  8. ^ Wajah baharu Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo! (6 Februari 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
  9. ^ Thermesh Velusamy (8 Disember 2020). "The end of an era! Gerak Khas airs its final season after 20 years on television". World of Buzz. Dicapai pada 17 Januari 2021.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page






Gerak Khas (TV series) English

Responsive image

Responsive image