Ghali atau gale (Jawi: غلي )[1] merujuk pada beberapa jenis kapal seperti gali dari kepulauan Nusantara. Kapal jenis ini hanya muncul selepas tahun 1530-an. Sebelum kemunculan kapal jenis ini, di Nusantara sudah ada beberapa kapal seperti gali, sebahagian dengan cadik. Ghali (atau istilah yang serupa) adalah hasil daripada pembinaan kapal laut asal Mediterranean, terutamanya yang diperkenalkan oleh orang-orang Arab, Parsi, Turki Uthmaniyah, dan Portugis. Walau bagaimanapun, istilah ini boleh merujuk pada kapal laut Mediterranean yang dibuat oleh penduduk tempatan, ataupun kapal laut tempatan yang mempunyai pengaruh Mediterranean.[2]