Ghaz Abu Bakar | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Ghazali bin Abu Bakar 6 Disember 1974 |
Nama lain | Ghaz |
Pendidikan | Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem dan Animasi |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 1996–kini |
Mohd Ghazali Abu Bakar (lahir 6 Disember 1974) yang dikenali Ghaz Abu Bakar merupakan seorang pengarah filem, televisyen dan muzik video Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya selama 7 tahun. Beliau juga merupakan bekas pelajar di dalam Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di universiti sama. Beliau turut memiliki studio penerbitannya, The Media Hustler.[1]