Gimjang | |
---|---|
![]() Penyuediaan untuk gimjang: bahan-bahan untuk membuat kimchi pada skala yang lebih besar | |
Nama Korea | |
Hangul | 김장 |
Perumian Semakan | Gimjang |
McCune–Reischauer | Kimjang |
Gimjang ([김장] Error: {{Lang}}: aksara tidak diiktiraf: lang untuk kod: ko (bantuan)), juga dieja kimjang,[1] adalah proses tradisional penyediaan dan pemeliharaan kimchi, sayur jeruk pedas Korea, pada musim sejuk.[2] Pada bulan-bulan musim panas, kimchi dibuat segar, daripada sayur-sayuran bermusim.[2] Selama satu bulan, bermula dari bulan kesepuluh setiap tahun, penduduk Korea mula menyediakan kimchi dalam kuantiti yang banyak, untuk menyediakan makanan tersebut bagi kegunaan sepanjang musim sejuk.[3][4]
Gimjang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada Disember 2013.[5]