PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Glaukoma | |
---|---|
Glaukoma tertutup sudut akut di mata kanan (mata sebelah kiri). | |
Pengkhususan | Oftamologi |
Gejala | Hilang penglihatan, sakit mata, mata kemerah-merahan, loya[1][2] |
Permulaan biasa | Beransur-ansur atau secara tiba-tiba[2] |
Tekanan mata berlebihan, faktor keluarga, tekanan darah tinggi[1] | |
Ujian mata terdilat[1] | |
Uveitis, trauma, keratitis, konjungtivitis[3] | |
Rawatan | Perubatan, laser, pembedahan[1] |
Kekerapan | 6–67 juta[2][4] |
sunting |
Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh glaukoma.
Bagai mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.