Komposisi: | Zarah asas |
Kumpulan: | Boson tolok |
Interaksi: | Daya nukleus kuat |
Pengasas teori: | Murray Gell-Mann (1962)[1] |
Ditemui: | e+e− → Υ(9.46) → 3g: 1978 di DORIS (DESY) oleh eksperimen PLUTO[2]; dan e+e− → qqg: 1979 di PETRA (DESY) oleh eksperimen TASSO, MARK-J, JADE dan PLUTO[3] |
Simbol: | g |
Jenis: | 8 |
Jisim: | 0 (nilai teori)[4] < (had eksperimen) 1.3 meV/[4][5] |
Cas elektrik: | 0 e[4] |
Cas warna: | octet (8 jenis tak bersandar linear) |
Spin: | 1 |
Model Piawai fizik zarah |
---|
Gluon merupakan boson tolok yang mengantarakan daya warna (daya nukleus kuat) di antara zarah-zarah yang mempunyai cas warna, iaitu di antara kuark (dan juga antizarahnya, antikuark).
Ia pertama dikesan sebagai jet ketiga yang terhasil dalam perlanggaran elektron-positron oleh pakatan TASSO di gelung simpanan PETRA pada akhir 1970an. Perlanggaran tersebut biasanya menghasilkan pasangan kuark-antikuark, yang menjelma dalam bentuk dua jet belakang-ke-belakang, tetapi kadang-kadang kuark (atau antikuark) itu boleh menyinarkan sebiji gluon dalam proses bremsstrahlung gluon, untuk memberikan jet ketiga.