Gonorea | |
---|---|
Nama lain | Gonorrhoea, jangkitan gonokokus, uretritis gonokokus |
![]() | |
Lesi gonokokus pada kulit | |
Sebutan |
|
Pengkhususan | Penyakit berjangkit |
Gejala | Tiada, nyeri semasa kencing, lelehan faraj/keputihan, lelehan dari zakar, sakit pelvis, sakit buah zakar[1] |
Kerumitan | Penyakit radang pelvis, keradangan epididimis, artritis septik, endokarditis[1][2] |
Punca | Neisseria gonorrhoeae biasanya bawaan kelamin[1] |
Menguji air kencing, uretra untuk lelaki, atau serviks untuk perempuan[1] | |
Pencegahan | Kondom, mengadakan hubungan seks dengan hanya satu orang yang tidak dijangkiti, tidak melakukan hubungan seks[1][3] |
Rawatan | Ceftriaxone melalui suntikan dan azithromycin melalui mulut[4][5] |
Kekerapan | 0.8% (wanita), 0.6% (lelaki)[6] |
sunting![]() |
Penyakit gonorea ialah salah satu penyakit kelamin (STI) yang disebabkan oleh organisma yang dikenali sebagai Neisseria Gonorrhoeae[1]. Jangkitan mungkin melibatkan alat kelamin, mulut, atau rektum. [7] Lelaki yang dijangkiti mungkin mengalami kesakitan atau nyeri ketika membuang air kecil, lelehan dari zakar, atau sakit buah zakar.[1] Wanita yang dijangkiti mungkin mengalami nyeri ketika membuang air kecil, lelehan faraj, pendarahan faraj antara haid, atau sakit pelvis.[1] Komplikasi pada wanita termasuk penyakit radang pelvis dan pada lelaki termasuk keradangan epididimis.[1] Namun, kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak mengalami sebarang gejala.[1] Sekiranya tidak dirawat, gonorea boleh merebak ke sendi atau injap jantung.[1][2]
Gonore disebarkan melalui hubungan seksual dengan orang yang dijangkiti.[1] Ini termasuk seks oral, dubur, dan faraj.[1] Ia juga boleh merebak dari ibu ke anak semasa kelahiran.[1] Diagnosis adalah dengan menguji air kencing, uretra pada lelaki, atau serviks pada wanita.[1] Dianjurkan untuk menguji semua wanita yang aktif secara seksual dan berumur kurang dari 25 tahun setiap tahun serta mereka yang mempunyai pasangan seksual baru;[3] cadangan yang sama berlaku pada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM).[1][3]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mor2016
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CDC2016Tx
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Un2015
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama New2012