Grafiti (graffiti) merupakan tulisan atau lukisan yang dilakarkan pada dinding atau permukaan lain, selalunya tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik binaan dicoret serta dalam pandangan umum.[1] Coretan sebegini telah wujud sejak zaman purba termasuk dalam tamadun-tamadun Mesir, Yunani, dan Romawi.[2] Pada zaman moden pula, cat (terutamanya jenis semburan) dan pen penanda telah menjadi bahan yang paling biasa digunaka mencoret sedemikian.
Kegiatan ini dipandah rendah kebanyakan negara yang menanggap penandaan sebegini tanpa izin pemilik harta dianggap jenayah vandalisme yang boleh dikenakan hukuman - hal ini didasari kelaziman gerombolan geng menggunakan bentuk grafiti mereka sendiri untuk menandakan wilayah atau kegiatan berkaitan mereka seperti yang pernah berlaku di Amerika Syarikat.[3] Namun, grafiti juga boleh dijadikan wahana meluahkan mesej sosial dan politik yang mendasar ataupun dan genre keseluruhan ekspresi artistik berdasarkan corak gaya grafiti cat semburan.[4] lagi-lagi budaya hip hop yang telah mengembangkan seni grafiti bersama muzik hip hop, b-boying, dan unsur-unsur lain.[3]