Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-13 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2006. | ||
Litar Hungaroring | ||
Tarikh | 6 Ogos 2006 | |
Nama rasmi | XXII Shell Magyar Nagydíj | |
Lokasi | Hungaroring, Budapest, Hungary | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 4.381 km (2.722 batu) | |
Jarak | 70 pusingan, 306.67 km (190.54 batu) | |
Cuaca | Baik, hujan, 17°C | |
Petak pertama | ||
Pemandu | Kimi Räikkönen | McLaren-Mercedes |
Masa | 1:19.599 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | Felipe Massa | Ferrari |
Masa | 1:23.516 pada pusingan ke-65 | |
Podium | ||
Pertama | Jenson Button | Honda |
Kedua | Pedro de la Rosa | McLaren-Mercedes |
Ketiga | Nick Heidfeld | BMW Sauber |
Grand Prix Hungary 2006 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 6 Ogos, 2006 di Hungaroring, Budapest. Ia merupakan perlumbaan ke-13 dalam kalendar Formula Satu musim 2006. Jenson Button memenangi perlumbaan ini, dan ia merupakan kemenangan pertama dalam kerjayanya dan yang pertama bagi pemandu British sejak David Coulthard, yang memenangi Grand Prix Australia 2003, tiga tahun sebelumnya. Pedro de la Rosa mendapat tempat kedua untuk McLaren, dan ia merupakan podium pertama dalam kerjayanya, manakala Nick Heidfeld mendapat tempat ketiga, dan mendapat podium pertama untuk BMW Sauber.