Gunung Ledang ڬونوڠ ليدڠ | |
---|---|
Mount Ophir | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,276 m (4,186 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Tangkak, Johor |
Geologi | |
Jenis gunung | Inselberg |
Gunung Ledang (Jawi: ڬونوڠ ليدڠ; juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia, berhampiran dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Berketinggian 1,276 meter [1], ia merupakan gunung tertinggi di Johor serta kedua tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia selepas Gunung Besar Hantu di Negeri Sembilan (1,462 meter). Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.