Yang Berbahagia Datuk Hajah Habsah Hassan | |
---|---|
Kelahiran | Habsah binti Hassan 28 Ogos 1949 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Pekerjaan | Penulis skrip |
Tahun aktif | Kerjaya muzik |
Genre | Balada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock |
Pekerjaan | Penulis lirik |
Tahun aktif | 1974–kini |
Datuk Hajah Habsah binti Hassan (lahir 28 Ogos 1949) adalah seorang penulis lirik lagu Melayu dan penulis skrip wanita yang popular di Malaysia. Dilahirkan di Singapura, beliau merupakan kacukan Melayu dan orang Cina.[1]
Habsah pernah menulis lagu untuk beberapa penyanyi ternama Malaysia seperti Sudirman Haji Arshad, Noorkumalasari, Anita Sarawak, Zaiton Sameon, Francissca Peter, Jamal Abdillah, Rahim Maarof, Khatijah Ibrahim, Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Kenny, Remy & Martin, Razis Ismail, Wann, Jay Jay, Azlina Aziz, Rahimah Rahim, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Pada tahun 1984, beliau penulis tempatan pertama memenangi Anugerah Cakera Emas dari WEA Recording Company (kini Warner Music) kerana menulis paling banyak lagu-lagu. Dia juga wanita pertama memenangi kategori Lirik Terbaik dalam pertandingan Muzik-Muzik 1987. [2]