Hamparan elektronik,[1][2] hamparan kerja atau helaian rebak[3] (bahasa Inggeris: electronic spreadsheet ) merupakan perisian komputer berupa aturcara[2] yang menguruskan data secara terkumpul dan tersimpan mirip helaian kertas kerja.[4] Hamparan-hamparam ini terdiri daripada baris dan lajur bersilang membentuk sel-sel[2] dalam suatu jadual yang boleh diisi teks beraksara atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh mengandungi rumusan yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira daripada kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini.
Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan dilakukan pada satu sel.