Nama asli | Hanna-Barbera |
---|---|
Dinamakan sempena | William Hanna, Joseph Barbera |
Jenis/bentuk sah | Swasta (sebelum tahun 2006) Anak syarikat (1976-2001) |
Industri | Animasi |
Pendahulu | Metro-Goldwyn-Mayer cartoon studio |
Ditubuhkan | 1957 |
Pengasas | William Hanna Joseph Barbera George Sidney |
Dibubarkan | 2001 |
Nasib | Diserap oleh Warner Bros. Animation dan menjadi Cartoon Network Studios |
Pengganti | Warner Bros. Animation |
Ibu pejabat | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Keluaran | Kartun, filem, dan filem format DVD |
Pemilik | Bebas (1957-1967) Taft (Great American) Broadcasting (1967-1991) Turner Broadcasting (1991-1996) Time Warner/AOL Time Warner (1996-2001) |
Syarikat induk | Warner Bros. Entertainment Inc. (2001) |
Anak syarikat | Hanna-Barbera Records |
Tapak web | |
sunting · sunting di Wikidata |
Hanna-Barbera Productions, Inc. (/ˌhænə bɑːrˈbɛərə, - ˈbɑːrbərə/ HAN-ə-_-bar-BAIR),[1] juga dikenali sebagai Hanna-Barbera atau juga dirujuk sebagai H-B Enterprises, H-B Production Company dan Hanna-Barbera Cartoons, Inc., ialah studio animasi Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 1957 oleh pencipta Tom and Jerry dan bekas pengarah animasi Metro-Goldwyn-Mayer William Hanna dan Joseph Barbera, dengan kerjasama pengarah filem, George Sidney.
Selama tiga dekad dalam abad ke-20, ia merupakan peneraju utama dalam siri animasi TV Amerika kerana ia menerbitkan pelbagai watak animasi popular dan pelbagai siri animasi, termasuk The Flintstones, The Yogi Bear Show, The Jetsons, Wacky Races, Scooby-Doo, Where Are You! dan The Smurfs.[2]