Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
Hukum dalam Islam |
---|
Hukum asas |
Lain-lain |
Haram (Arab: حَرَام, rumi: ḥarām terbitan kata kerja حَرَمَ ḥarama "menghalang"[1]) adalah salah satu daripada hukum Islam. Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan. Perbuatan haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.