Hari Peringatan Holokus Antarabangsa هاري ڤرايڠتن هولوکوس انتارابڠسا | |
---|---|
Significance | Memperingati mangsa-mangsa Holokus yang telah terbunuh |
Date | 27 Januari |
Frequency | Tahunan |
Hari Peringatan Holokus Antarabangsa merupakan hari peringatan antarabangsa pada 27 Januari bagi memperingati mangsa-mangsa Holokus, di mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu mengakibatkan kematian kira-kira 6 juta orang Yahudi, 2 juta orang Gipsi, 250 ribu orang kurang upaya fizikal dan mental serta 9,000 lelaki homoseksual, yang dilakukan oleh rejim Nazi dan pihak yang bersekongkol dengannya. Ia ditetapkan oleh resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 60/7 pada 1 November 2007 ketika sesi plenari ke-42.[1] Resolusi itu dibuat selepas satu sesi khas yang diadakan pada awal tahun itu iaitu pada 24 Januari 2005 oleh Perhimpunan Agung PBB, yang menandakan ulang tahun ke-60 pembebasan kem-kem tahanan Nazi dan berakhirnya Holokus.[2]