Hari Santo Knud | |
---|---|
Also called | tjugondedag jul, tjugondag Knut, knutomasso,[1] nuutinpäivä |
Observed by | Sweden, Finland |
Significance | julgransplundring |
Date | 13 Januari |
Frequency | tahunan |
Hari Santo Knut, juga dikenali sebagai Yule Hari Kedua Puluh (Bahasa Sweden: tjugondedag jul) atau Knut Hari Kedua Puluh (tjugondag Knut) adalah satu pesta tradisional yang disambut di negara Sweden dan Finland pada 13 Januari. Ia tidak disambut pada tarikh ini di Denmark walaupun ia dinamakan sempena putera Denmark Knud Lavard, dan kemudiannya juga dikaitkan dengan ayahanda saudaranya, Knud si Santo, santo penaung Denmark.[2][3][4] Pokok-pokok Krismas akan diturunkan pada hari tersebut serta gula-gula dan biskut yang dihiaskan pada pokok akan dimakan. Di Sweden, jamuan yang diadakan pada hari tersebut dikenali sebagai pesta Knut (julgransplundring, secara harfiahnya bermaksud "menjarah pokok Krismas").[5]