Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Hari Thaiponggal

Thai Pongal
தைப்பொங்கல்
Observed byEtnik Tamil, paling ketara;di India, Sri Lanka, Malaysia, United States, Indonesia, Mauritius, Singapore, UK, South Africa, Canada, Australia, Tebing Barat
TypePerayaan orang Tamil
SignificancePerayaan menuai. Berterima kasih kepada Matahari untuk kelimpahan pertanian selama 4 hari
Celebrationsberkongsi hidangan Pongal, hiasan,Menjiarah, doa, perarakan, pemberian hadiah.
DateHari pertama bulan ke-10 dalam kalendar Thai (Takwim Tamil)
Hari ke -14 kalendar Gregorian bulan pertama
2024 date14 Januari[1]
Related toMakar Sankranti (di Andhra Pradesh, Bengal Barat, Kerala, Bihar, Goa, Karnataka, Orissa, Madhya Pradesh, Maharashtra, Manipur, Telangana, Uttar Pradesh di India)
Magh Bihu (di Assam, India)
Uttarayana (di Gujurat dan Rajasthan di India)
Maghi (di Haryana, Himachal Pradesh dan Punjab di India)
Maghe Sankranti (di Nepal)
Shakrain (di Bangladesh)

Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.

தமிழ் (Tamil)
Orangதமிழர் Tamiḻar
Kaumதமிழர்கள் Tamiḻarkaḷ
Bahasaதமிழ் Tamiḻ
Negaraதமிழ்நாடு Tamiḻ Nāṭu
(hist.) தமிழகம் Tamiḻakam
(hist.) ஈழம் Īḻam

Pongal (Tamil: தைப்பொங்கல்), yang juga dikenali sebagai Thai Pongal, ialah perayaan Pesta menuai yang disambut selama beberapa hari oleh masyarakat Tamil.Perayaan ini bukan saja disambut oleh yang beragama Hindu, tetapi juga oleh yang beragama Kristian, Islam dan Jain. Ia disambut dalam bulan Thai (தை) mengikut Takwin suria tamil dan biasanya jatuh pada 14 atau 15 Januari. Bagi yang beragama Hindu, Perayaan ini didedikasikan kepada Surya (dewa matahari dalam agama Hindu) dan bertepatan dengan Makar Sankranti, perayaan Hindu yang disambut dengan pelbagai nama mengikut wilayah di seluruh Subbenua India. Perayaan ini berlangsung selama tiga atau empat hari dengan Bhogi, Surya Pongal, Mattu Pongal, dan Kanum Pongal disambut secara berturut-turut.

Menurut tradisi, perayaan ini menandakan berakhirnya solstis musim sejuk dan permulaan perjalanan matahari ke utara selama enam bulan yang dikenali sebagai Uttarayana, apabila matahari memasuki buruj Capricorn. Perayaan ini dinamakan sempena "Pongal" yang bermaksud "mendidih, melimpah" dan merujuk kepada hidangan tradisional yang disediakan daripada hasil tuaian baharu beras yang direbus dalam susu bersama Jageri (gula melaka).

Mattu Pongal dikhaskan untuk meraikan haiwan ternakan terutamanya Lembu, di mana ternakan dimandikan, tanduk mereka digilap dan dicat dengan warna-warna terang, kalungan bunga diletakkan di leher mereka, dan diadakan perarakan.Hari ketiga dikhaskan kepada gadis-gadis yang belum berkahwin kerana pada ketika ini mereka tidak ke sawah. Mereka memakai pakaian baharu yang serba cantik dan menawan dan selalunya dianggap sebagai upacara peminangan terbuka untuk jejakan yang belum berkahwin. Sepanjang perayaan 3 hari ini, rumah-rumah dicat dan dihias dengan tebu, pelepah kelapa dan kolam yang berwarna-warni. Semua orang memakai pakaian baharu. Ponggal atau nasi manis dimasak dan dikongsi bersama sanak-saudara.Serta bertukar hadiah untuk memperbaharui ikatan sosial dan perpaduan.Pesta dan pertandingan seperti silambam, penjinakan lembu jantan dan banyak persembahan lain akan diadakan. Perayaan ini bertujuan memberi rehat kepada pesawah, ternakan dan semua rakyat supaya mereka dapat bergembira d

Pongal adalah salah satu perayaan terpenting bagi masyarakat Tamil di Tamil Nadu dan bahagian lain di Selatan India. Ia juga merupakan perayaan utama masyarakat Tamil di Sri Lanka dan disambut oleh diaspora Tamil di seluruh dunia.

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.[2].

  1. ^ "2017 Marathi Calendar Panchang". Dicapai pada 3 November 2016.
  2. ^ "Thai Pongal - Daily News, Sri Lanka". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-11. Dicapai pada 2010-02-26.

Previous Page Next Page






Pongal AF পোংগল AS পোঙ্গল Bengali/Bangla Pongal Czech Pongal Danish Pongal German Pongal (festival) English Pongal Spanish پونگال (جشنواره) FA Pongal Finnish

Responsive image

Responsive image