Hassan Azhari | |
---|---|
![]() Laungan azan oleh Tan Sri Hassan Azhari (kiri) semasa upacara sambutan kemerdekaan Malaysia 1957 (Utusan) | |
Kelahiran | Kampung Syiab Amir, Mekah, Arab Saudi | 18 Ogos 1928
Meninggal dunia | 6 Oktober 2018 | (umur 90)
Sebab kematian | Kanser limfoma |
Dikebumikan | Makam Diraja Shah Alam, Selangor |
Terkenal kerana | Hakim Tilawah Al-Quran paling lama dan pendidik dalam rancangan Muqaddam Radio Televisyen Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Sahara Abdul Samad Maimunah Abdul Ghani Khadijah Yusuf |
Anak-anak | 22 orang termasuk Musa Hassan Fuad Hassan Jalaluddin Hassan |
Ibu bapa | Haji Azhari Abdul Khaliq (bapa) Hajah Fatmah Abdul Hakim (ibu) |
Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Haji Azhari[1] (18 Ogos 1928 – 6 Oktober 2018) merupakan seorang Qari dan pakar Tajwid Al-Quran dari Malaysia yang berketurunan Melayu suku Banjar. Beliau menjadi seorang pendidik terkenal melalui rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan insan yang dipilih untuk melaungkan azan semasa hari kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.