Hayreddin Barbarossa | |
---|---|
![]() Barbarossa Hayreddin Pasha | |
Nama samaran | Barbarossa (Jambang merah) Hayreddin Hızır Reis |
Kelahiran | s. 1478 Mytilene, Lesbos, Empayar Uthmaniyyah |
Meninggal dunia | 4 Julai 1546 (berumur 67–68) Constantinople, Empayar Uthmaniyah |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | s. 1500–1545 |
Pangkat | Laksamana |
[FF0000][b][i]Hayreddin Barbarossa (Latin: Ariadenus Barbarussa ), atau Barbarossa Hayreddin Pasha (Turki: Barbaros Hayreddin (Hayrettin) Paşa atau Hızır Hayreddin (Hayrettin) Paşa; juga Hızır Reis sebelum dinaikkan pangkat kepada Pasha dan menjadi Kapudan Pasha), lahir dengan nama asal Khizr atau Khidr (Turki: Hızır; c. 1478 – 4 Julai 1546), adalah seorang laksamana armada Uthmaniyah yang dilahirkan di pulau Lesbos dan meninggal dunia di Constantinople, ibu kota empayar Uthmaniyah. Kemenangan tentera laut Barbarossa memastikan penguasaan Uthmaniyah di Laut Mediterranean pada pertengahan kurun ke-16, bermula dari Pertempuran Preveza pada tahun 1538 sehingga Pertempuran Lepanto pada 1571.
Hayreddin (bahasa Arab: Khayr ad-Din خيرالدين, yang literalnya bermaksud "kebaikan" atau "terbaik dalam agama" Islam) adalah sebuah nama kehormat yang dikurniakan kepada beliau oleh Sultan Suleiman Yang Menakjubkan. Beliau dikenali sebagai "Barbarossa" ("Jambang Merah" dalam bahasa Itali) di Eropah, satu nama yang diwarisi daripada abang beliau Oruç Reis selepas kematian Oruç dalam satu pertempuran dengan Sepanyol di Algeria. Oruç juga dikenali sebagai "Baba Oruç", yang kedengaran seperti "Barbarossa" (bahasa Itali untuk "Jambang Merah") kepada orang Eropah, dan oleh kerana Oruç mempunyai jambang merah, nama gelaran ini melekat pada beliau. Dalam proses kata pinjaman, nama gelaran ini melekat bersama-sama nama asli Hayreddin di Turki, dalam bentuk Barbaros.