Henry Ford | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | April 7, 1947 Fair Lane, Dearborn, Michigan, A.S. | (umur 83)
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan | Pengasas Ford Motor, hartawan perniagaan, jurutera |
Nilai bersih | ▲ $188.1 bilion (berdasarkan data Februari 2008 daripada Forbes) |
Pasangan | Clara Jane Bryant (k. 1888; b. 1947) |
Anak-anak | Edsel Ford |
Ibu bapa | William Ford dan Mary Ford |
Henry Ford (30 Julai 1863 – 7 April 1947) merupakan usahawan Amerika, pengasas Ford Motor Company, dan pengasas kepada kemajuan teknik pemasangan talian secara besar-besaran.
Walaupun Ford tidak membina kereta atau peralatan pemasangan,[1] beliau mengusahakan kereta pertama dimana kebanyakkan orang sederhana Amerika mampu membelinya. Dalam membuat perkara itu, Ford menukar automobil daripada harga yang mahal kepada kenderaan yang boleh dimiliki, yang memberi impak kepada landskap pada abad ke-20. Pengenalan beliau kepada Model T merevolusikan pengangkutan dan industri Amerika. Sebagai pemilik Ford Motor Company, beliau menjadi salah seorang paling kaya dan terkenal di seluruh dunia. Beliau dikenali sebagai "Fordism": pengeluaran besar-besaran dalam perjualan murah digandingkan dengan gaji yang berpatutan kepada pekerja. Ford mempunyai visi global, dimana konsumerisme merupakan kunci kepada keamanan. Beliau memberi komitmen secara sistematik mengurangkan harga memberi kesan kepada inovasi teknikal dan bisnes, termasuk sistem francis yang memberi perjanjian di seluruh Amerika Utara dan dikebanyakkan bandar-bandar utama dalam enam benua. Ford meninggalkan kekayaan beliau kepada Ford Foundation dan mengarahkan keluarganya untuk menguruskan syarikat itu. Ford dikenali kerana sifat pasifik beliau semasa Perang Dunia I.
|dead-url=
ignored (bantuan)