Raja Henry I | |
---|---|
Raja England (lagi ...) | |
Tempoh | 2 Ogos 1100 – 1 Disember 1135 |
Kemahkotaan | 5 Ogos 1100 |
Didahului oleh | Raja William II |
Diikuti oleh | Raja Stephen |
Duke Normandy | |
Tempoh | 1106 – 1 Disember 1135 |
Didahului oleh | Robert Curthose |
Diikuti oleh | Stephen |
Keputeraan | c. 1068 Kemungkinan Selby, Yorkshire |
Kemangkatan | 1 Disember 1135 (berumur 66–67) Saint-Denis-en-Lyons, Normandy |
Pemakaman | Biara Reading |
Spouse | Matilda dari Scotland (k. 1100; m. 1118) Adeliza dari Louvain (k. 1121) |
Anakanda lagi ... | Matilda, Maharani Suci Rom William Adelin Robert, Earl ke-1 dari Gloucester Alice FitzRoy Gilbert FitzRoy Matilda FitzRoy, Countess Perche Fulk FitzRoy Sybilla, Permaisuri Scots Reginald de Dunstanville, Earl ke-1 dari Cornwall Robert FitzEdith, Lord Okehampton Henry FitzRoy (d. 1158) Matilda FitzRoy, Abbess Montvilliers |
Kerabat | Normandy |
Ayahanda | Raja William I |
Bonda | Permaisuri Matilda |
Raja Henry I (kira-kira 1068/1069 – 1 Disember 1135) merupakan Raja England pada tahun 1100 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1135. Raja Henry I yang diputerakan di Selby, Yorkshire merupakan paduka putera keempat kepada Raja William si Penakluk dan Ratu Matilda dari Flanders. Baginda mengantikan kakandanya Raja William II yang mangkat dalam kemalangan semasa berburu sebagai Raja England pada tahun 1100 dan mengalahkan adinda lelaki baginda, Robert Curthose, untuk menjadi Duke Normandy pada tahun 1106.
Sebagai seorang raja, Raja Henry telah cuba melakukan reformasi sosial. Baginda telah mengeluarkan titah Charter of Liberties yang dianggap pendahulu kepada Magna Carta. Baginda juga mengembalikan semula beberapa undang-undang yang telah diperkenal oleh Raja Edward si Pengaku. Raja Henry I dikenali sebagai Beauclerc disebabkan minat ilmiah baginda dan Singa Keadilan untuk pembaikan yang baginda bawa ke dalam pentadbiran dan perundangan pada masa itu.
Raja Henry I mangkat pada 1 Disember 1135 semasa bercemar duli melawat paduka puteri dan cucunda baginda di Normandy. Setelah kemangkatan baginda, paduka puterinya Mathilda dan sepupunya, Stephen, berbalah mengenai siapa yang akan menjadi pemerintah England, dan memulakan perang saudara.