Lord Wilson | |
---|---|
Nama samaran | "Jumbo" |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Darat British |
Tahun perkhidmatan | 1900 - 1947 |
Pangkat | Fil Marsyal |
Unit | Briged Raifal (The Prince Consort's Own) |
Arahan | Briged Ke-6 Infantri Briged Ke-2 Infantri Tentera British di Mesir Tentera British di Palestin dan Trans-Jordan Tentera Darat Kesembilan Markas Parsi dan Iraq Markas Timur Tengah |
Pertempuran | Perang Boer Kedua |
Anugerah | Knight Grand Cross of the Order of the Bath[1] Knight Grand Cross of the Order of the British Empire[2] Distinguished Service Order[3] Dipuji Dalam Perutusan (5)[4] War Cross (Greece)[5] Virtuti Militari (Poland) [6] Distinguished Service Medal (Amerika Syarikat)[7] Legion of Merit (Amerika Syarikat)[8] |
Tugas lain | Konstabel Menara London[9] |
Fil Marsyal Henry Maitland Wilson, Baron Wilson Pertama, GCB, GBE, DSO (5 September 1881 – 31 Disember 1964), juga dikenali sebagai Jumbo Wilson, adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau terlibat secara aktif dalam Perang Boer Kedua dan kemudian dalam Perang Dunia I di Somme dan di Passchendaele. Semasa Perang Dunia II beliau berkhidmat sebagai Panglima Tentera British di Mesir, dimana peranannya melancarkan Operasi Compass, menyerang tentera Itali dengan kejayaan yang besar, pada Disember 1940. Beliau dilantik sebagai Gabenor Tentera Cyrenaica pada Februari 1941, memerintah angkatan ekspedisi Komanwel ke Greece pada April 1941 dan Panglima (GOC) Tentera British di Palestin dan Trans-Jordan pada Mei 1941.
Wilson menjadi Panglima Tentera Darat Kesembilan di Syria dan Palestin pada Oktober 1941, Panglima Markas Parsi dan Iraq pada Ogos 1942 dan Panglima Markas Timur Tengah pada Februari 1943. Pada peringkat akhir peperangan beliau menjadi Pemerintah Bersekutu Tertinggi di Mediterranean, dari Januari 1944, dan kemudian Ketua Misi Staf Bersama British di Washington D. C. dari Januari 1945.