Hindia Timur Belanda هينديا تيمور بلندا | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1800–1949 | |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Lagu kebangsaan: "Wilhelmus" (Belanda) "'William" | |||||||||||||||||
Status | Tanah jajahan Belanda | ||||||||||||||||
Ibu negara | Batavia | ||||||||||||||||
Bandar terbesar | Soerabaia[1][2] | ||||||||||||||||
Bahasa rasmi | Belanda | ||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Melayu (lingua franca) Jawa Cina Bahasa peribumi/asli Indonesia | ||||||||||||||||
Kerajaan | Pentadbiran kolonial | ||||||||||||||||
Gabenor-Jeneral | |||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||
1603 hingga 1800 | |||||||||||||||||
• Didirikan | 1 Januari 1800 | ||||||||||||||||
1949 | |||||||||||||||||
27 Disember 1949 | |||||||||||||||||
Mata wang | Gulden Hindia Belanda | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Indonesia, Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Indonesia |
Portal Indonesia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Hindia Timur Belanda atau Hindia Belanda (Tulisan Jawi: هينديا تيمور بلندا; Belanda: Nederlands-Indië ) adalah sebuah tanah jajahan Belanda yang menjadi Indonesia yang moden selepas Perang Dunia Kedua.[4] Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka Belanda kepada Britain, yang sebelumnya menjadi gabenor Hindia Belanda. Ini telah menyatukan pemerintahan zaman moden kepada negeri Melaka, Malaysia. Hindia Timur Belanda terbentuk dari pemiliknegaraan tanah-tanah jajahan bekas Syarikat Hindia Timur Belanda di bawah pentadbiran negara Belanda pada tahun 1800. Sepanjang abad ke-19, segala jajahan dan penguasaan Belanda di kepulauan ini diperluaskan sehingga mencapai takat terluasnya pada awal abad ke-20.[5] Selepas diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, para pejuang kemerdekaan di Hindia Timur ini mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Selepas itu dan sebagai kesan Revolusi Nasional Indonesia, Belanda akhirnya mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada Disember 1949.[6]