Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Hoe (makanan)

Hoe
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian Semakanhoe
McCune–Reischauerhoe

Hoe (sebutan bahasa Korea: [ɸø] ~ [ɸe]) boleh merujuk kepada pelbagai hidangan makanan mentah dalam masakan Korea. Saengseon hoe[1] (생선회) atau "Hwareo hoe" (활어회) adalah ikan mentah atau makanan laut mentah lain dihiris nipis (sama dengan sashimi Jepun); yukhoe (육회) adalah hoe dibuat dengan daging lembu mentah[2] dan diperisakan dengan kicap, minyak bijan dan wain beras; dan gan hoe (간회) adalah hati lembu mentah dengan sos minyak bijan dan garam.

Hoe ikan biasanya dicelup dalam sos gochujang pedas dipanggil chogochujang (초고추장), sos Ssamjang (쌈장), atau wasabi, dan dibungkus dalam salad dan daun perilla Korea.

Apabila orang menghabiskan hidangan saengseon hoe di sebuah restoran, mereka adakalanya memesan maeuntang (gulai ikan pedas, dari baki daging dan kepala ikan) bersama-sama dengan pelbagai sayur-sayuran.

  1. ^ "LX F&B Akamatsu (아까마쯔)". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-05.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Yukhweh". South China Morning Post. 2012-08-15. Dicapai pada 5 April 2013.

Previous Page Next Page






Hve AZ Hoe (food) English Hoe Spanish Hoe (cuisine) French Hoe GL Hungarian Hoe ID Hoe (gastronomia) Italian フェ Japanese Hoé JV

Responsive image

Responsive image