Hugh Low | |
---|---|
Residen Perak | |
Dalam jawatan 1 April 1877 – 31 Mei 1889 | |
Didahului oleh | James G. Davidson |
Digantikan oleh | Frank A. Swettenham |
Gabenor Labuan | |
Dalam jawatan 1866–1867 | |
Didahului oleh | Thomas Fitzgerald Callaghan |
Digantikan oleh | John Pope Hennessy |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Upper Clapton, United Kingdom | 10 Mei 1824
Mati | 18 April 1905 Alassio, Italy | (umur 80)
Pasangan |
|
Anak | Hugh Brooke Low Catherine Elizabeth Low |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara | Stuart Low (adik) |
Sir Hugh Low, GCMG[1][2] (10 May 1824 – 18 April 1905) merupakan seorang pegawai jajahan dan naturalis British. Beliau menduduki Labuan sebagai seorang pentadbir sebelum berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai Residen Perak.[3]
Pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan beliau yang berjaya banyak mempengaruhi cara pentadbiran British di jajahan rantau Nusantaranya.[3] Beliau terkenal sebagai pelopor usaha perkebunan pokok getah di kepulauan ini yang mempengaruhi ekonomi setempat Tanah Melayu pada abad-abad berikutnya. Beliau turut merupakan orang pertama melakukan percubaan mendaki Gunung Kinabalu semasa jawatannya di Borneo tahun 1851; puncak tertinggi di gunung ini yakni Puncak Low (Low's Peak) dinamakan sempena beliau.[3][4]