Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Hukum-hukum gerakan Newton

Hukum Pertama dan Kedua Newton, dalam Latin, dari edisi asal 1687 bagi Principia Mathematica.

Hukum-hukum gerakan Newton adalah tiga hukum fizik yang menyediakan hubungan antara daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac Newton dalam hasil kerjanya Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1687). Hukum-hukum tersebut membentuk asas kepada mekanik klasik dan Newton sendiri banyak menggunakan hukum-hukum ini untuk menerangkan banyak kesan yang berkaitan dengan gerakan objek fizikal, Dalam jilid ketiga teks tersebut, beliau menunjukkan bahawa hukum gerakan, digabungkan dengan hukum kegravitian semesta, menerangkan hukum gerakan planet Kepler.

Secara ringkasnya, hukum-hukum ini menyatakan:

  1. Sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan pegun, atau bergerak dengan halaju malar, melainkan wujudnya daya yang bertindak ke atasnya.
  2. Kadar perubahan momentum bagi bagi sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya.
  3. Bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlawanan arah.

Previous Page Next Page