Hukum Boyle (kadang kala dirujuk sebagai Hukum Boyle-Mariotte) adalah satu daripada beberapa hukum gas dan kes khusus bagi hukum gas unggul. Hukum Boyle menggambarkan hubungkait kadar songsang antara tekanan dan isi padu mutlak gas, jika suhu dikekalkan sekata dalam sistem tertutup.[1][2] Hukum ini dinamakan sempena ahli kimia dan fizik Robert Boyle, yang menerbitkan hukum asal pada tahun 1662.[3] Hukum itu boleh dinyatakan seperti berikut:
Bagi jumlah tetap gas unggul dikekalkan pada suhu tetap, P [tekanan - pressure] dan V [isi padu - volume] adalah berkadar songsang (ketika satu meningkat, yang lain menurun).[2]