Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Hutan Ericaceous

Kawasan sekitar Gunung Irau di Taman Eko-Rimba Mossy Forest dalam Hutan Simpan Batu Gangan, Daerah Cameron Highlands, Pahang.

Hutan ericaceous, hutan gunung atau hutan gunung atas merujuk pada kawasan hutan pergunungan tinggi atau berlumut yang terdapat pada ketinggian melebihi 1,500 meter dari paras laut yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah dengan berketinggian 9 meter seperti pokok kelat, periuk kera, dan berbagai-bagai jenis belukar, buluh, resam, paku-pakis dan lumut.[1][2][3] Hutan ericaceous ini juga dikenali sebagai "cloud forest" atau hutan berawan kerana kedudukannya yang tinggi.[1] Hutan ini dipenuhi dengan keluarga Ericaceae contohnya Rhododendron dan Vaccinium.[1][2] Hutan ericaceous hanya terdiri satu lapisan sahaja.[1] Rafflesia mampu hidup di kawasan ini dan had ketinggian tumbuhnya ialah setinggi 1600 meter sahaja serta ia dijadikan habitatnya.[2]

Suhu di kawasan ini menjadi rendah dan presipitasi serta kelembapannya bertambah tinggi terlebih lagi di kawasan puncak gunung.[1] Contoh kawasan hutan ericaceous di Malaysia ialah Gunung Irau di Hutan Simpan Batu Gangan, Gunung Tahan di Taman Negara, Gunung Benom di Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal atau Hutan Simpan Gunung Benom dan Gunung Korbu di Hutan Simpan Korbu.[2][4]

  1. ^ a b c d e Khairuddin Hj. Kamaruddin (2013). Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). m/s. 317. ISBN 978-983-46-0838-5.
  2. ^ a b c d Dato' Dr. Md. Hizamri Md. Yasin, Norlela Sulaiman & Shamsul Khamis (2023). Rafflesia di Pahang. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). m/s. 117. ISBN 978-629-7547-79-4.
  3. ^ Masitah Mohammad Yusof, Azizi Hj. Muda & Khaidir Alias (2010). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Hujan Tropika. Siri Pendidikan Alam Sekitar. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM). m/s. 131. ISBN 978-967-344-147-1.
  4. ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 13 Januari 2025.

Previous Page Next Page






Ericaceous English

Responsive image

Responsive image