IOS | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis sistem | Ala UNIX dan sistem pengendalian mudah alih |
Keluarga sistem | macOS, Darwin |
Pembangun | Apple |
Ditulis dalam | C, C++, Objective-C, Swift, Java |
Keluaran awal | 29 Jun 2007 |
Keluaran terkini | 18.2.1 (6 Januari 2025) |
Tersedia dalam | Senarai bahasa Bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Catalan, bahasa Cina, bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Finland, bahasa Greek, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Ibrani, bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Korea, bahasa Melayu, bahasa Norway, bahasa Poland, bahasa Portugis, bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Slovak, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Ukraine, bahasa Vietnam
|
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | Kemas Kini Perisian Apple, iTunes, kemas kini atas udara |
Pengurus pakej | App Store |
Pelantar | Senarai pelantar yang disokong |
Lesen | Lesen hak milik |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | https://www.apple.com/ios/ |
Tanda pagar | ios |
sunting · sunting di Wikidata |
iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi peranti mudah alih yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen kepada entiti lain untuk menggunakan iOS selain perantinya sendiri.
iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.
Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan. Lapisan sistem pengoperasian Core, lapisan Core Services, lapisan media dan lapisan Cocoa Touch.