Allahyarham Dato' Dr. Haji Ibrahim Abdul Rahman | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Seberang Perai Tengah Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1963–1964 | |
Digantikan oleh | Mustapha Hussain |
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Seberang Perai Tengah Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1959–1963 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 1000 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ibrahim bin Abdul Rahman 21 April 1919 Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang |
Mati | 5 April 2015 Hospital Serdang, Kajang, Selangor | (umur 95)
Cause of death | Sesak nafas |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Che Yan Abdul Hamid Hussein |
Pertalian | Cucu-cucu
|
Anak | Anwar Ibrahim Rehan Ibrahim Idrus Ibrahim Rani Ibrahim Marzuki Ibrahim Rusli Ibrahim Farizon Ibrahim Sukma Darmawan (anak angkat) |
Kediaman | Country Heights, Kajang |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Allahyarham Dato' Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman (21 April 1919 – 5 April 2015) ialah seorang ahli politik daripada Perikatan / UMNO di Malaysia. Beliau memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang, dan berkhidmat dari tahun 1958 hingga 1964.
Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, manakala Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya pertama selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini berlangsung secara berperingkat, bermula dari negeri Perlis hingga ke Kelantan. Ketika itu, Sabah dan Sarawak masih belum menyertai atau membentuk Malaysia.
Kerusi Parlimen meningkat daripada 52 kerusi pada tahun 1955 kepada 104 kerusi pada tahun 1959. Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi, manakala pihak pembangkang memenangi 30 kerusi.