Ibun ialah salutan atau endapan ais yang mungkin terbentuk disebabkan udara lembap dalam cuaca sejuk, biasanya dalam semalaman.[1] Di iklim sederhana, ia biasanya kelihatan seperti kristal putih yang rapuh atau embun beku yang jatuh berhampiran tanah, tetapi dalam iklim sejuk, ia berlaku dalam pelbagai bentuk.[2] Ibun terdiri daripada corak-corak kristal ais yang halus, yang dibentuk oleh kerana proses-proses fraktal.
Pembentukan ibun ialah petunjuk bahawa suhu udara telah jatuh di bawah titik pembekuan air, dan tumbuh-tumbuhan yang hanya sesuai dalam iklim panas akan mengalami kerosakan apabila suhu jatuh cukup rendah untuk membekukan air dalam sel-sel tisu tumbuhan. Kerosakan tisu akibat proses ini dikenali sebagai "kerosakan ibun". Petani di kawasan tersebut di mana kerosakan ibun mempengaruhi tanaman mereka sering melabur dalam cara yang mahal untuk melindungi tanaman mereka daripada kerosakan.
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)