Ifa Raziah | |
---|---|
![]() Ifa di belakang pentas Konsert Mega Gegar Vaganza 2016. | |
Kelahiran | Saripah Raziah binti Mustapha 22 September 1975 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penghibur, usahawan |
Tahun aktif | 1992–kini |
Pasangan | ? (1994) ? (1999) Mohd Yani bin Abdul Rahman (k. 2004) |
Anak-anak |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Musicland (1996) BMG (1997) Ifa Raziah Entertainment (2004–kini) Sony Music Malaysia (2015–2017) Universal Music Malaysia (2020) |
Saripah "Ifa" Raziah binti Mustapha (lahir 22 September 1975), juga dikenali sebagai Miss Diva Ifa Raziah, ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur televisyen sensasi dari Malaysia.[1] Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.[2] Di samping itu, Ifa juga turut sinonim dengan moto "Sukerr..Banggee..", "Pukpukpukk" dan yang terkini "Apa Khabarrrrr".
Sepanjang lebih 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanahair, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana menjadi selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori "Artis Versatil Popular" di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.[3][4] Pada tahun 2016, Ifa dilantik sebagai Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.[5] Pada tahun 2019 pula, beliau telah menubuhkan sebuah festival jualan gaya raya selama 72 jam tanpa henti yang dikenali dengan nama "Star Vendors" dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif. Setelah berjaya meyakinkan dan menarik ramai pengunjung untuk berkunjung ke festival tersebut, akhirnya pada tahun 2022, Ifa mahu tampil dengan sedikit kelainan dimana beliau telah menetapkan supaya "Star Vendors" beroperasi selama 75 jam tanpa henti sekaligus menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records sebagai "Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti". Kemudian pada tahun berikutnya, Ifa bersama syarikat perniagaannya Star Vendors Event Sdn. Bhd sekali lagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records kerana telah berjaya menganjurkan "Festival Raya Terpanjang Selama 100 Jam Tanpa Henti" menerusi Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023.[6]
Kejayaan Ifa dalam dunia perniagaan bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut mendapat pengiktirafan anugerah berprestij seperti Malaysia Best Business Award, IKON Brands Award, Bumiputera Business Excellence Award dan Nona Superwoman Award.