Mengikut skim pengelasan iklim Koppen, iklim gurun panas, juga dipanggil iklim gersang.iklim gersang ialah sejenis iklim yang bersuhu tinggi dan mengalami curahan hujan yang terlalu sedikit untuk menampung tumbuh-tumbuhan, jika ada pun cuma pokok renek yang jarang. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini memang selalunya merupakan gurun. Kawasan yang beriklim gurun biasanya mengalami kurang daripada 250 mm (10 inci) curahan hujan setahun, apatah lagi ada tahun-tahun yang setitis kerpasan pun tidak turun. Sekali-sekala, kawasan beriklim gurun boleh menerima kerpasan melebihi 250 mm setahun; tetapi masih dikira sebagai beriklim gurun kerana air lebih cepat terlesap kesan penyejatpeluhan berbanding turun sebagai kerpasan. Umumnya terdapat tiga variasi iklim gurun, iaitu iklim gurun panas (BWh), iklim gurun sejuk (BWk) dan iklim gurun sederhana (adakalanya berlabel BWn).
Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti ditentukan dengan langkah-langkah berikut:
Jika kerpasan tahunan kerpasan itu kurang dari separuh ambang itu, maka dikelaskannya BW (iklim gurun).