Ikonoklasme (daripada bahasa Yunani: Bahasa Yunani Kuno: εἰκών 'ikon, gambar' + Bahasa Yunani Kuno: κλάω 'memecahkan')[i] ialah ialah kepercayaan memecahkan atau memusnahkan ikon, gambar atau monumen, biasanya atas sebab agama atau politik. Orang yang menyokong kepercayaan ini dipanggil ikonoklas, dan istilah ini digunakan secara kiasan kepada mana-mana individu yang mencabar "kepercayaan atau institusi yang dihormati atas alasan ia salah atau jahat."[1]
Sebaliknya, orang yang menghormati atau memuja gambar-gambar dalam agama dipanggil (oleh ikonoklas) seorang pemuja ikon; dalam konteks Byzantium, orang sedemikian dipanggil ikonodul atau ikonofil.[2] Ikonoklasme biasanya tidak melibatkan pemusnahan imej pemerintah selepas kematian atau kejatuhan mereka, yang dikenali sebagai damnatio memoriae.
Walaupun ikonoklasme mungkin dilakukan oleh penganut agama yang berbeza, ia biasanya berlaku apabila ada pertikaian antara mazhab daripada agama yang sama. Istilah ikonoklasme berasal daripada Ikonoklasme Byzantium, apabila terdapat perdebatan mengenai ikon-ikon keagamaan di Empayar Byzantine dari 726 hingga 842 TM. Setiap agama dan mazhab mempunyai toleransi terhadap ikon yang berbeza, tetapi ia paling kuat dalam agama-agama yang menentang penyembahan berhala, seperti agama samawi.[3] Ikonoklasme juga boleh merujuk kepada memusnahkan simbol ideologi atau perjuangan tertentu, bukan sahaja dalam konteks agama, seperti semasa Revolusi Perancis apabila simbol monarki dimusnahkan.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-roman", tetapi tiada tag <references group="lower-roman"/>
yang berpadanan disertakan