Jenis ingatan |
Meruap |
Tidak meruap |
Ingatan capaian rawak atau ICAR (Bahasa Inggeris: Random-access memory, disingkatkan sebagai RAM) ialah sejenis bentuk ingatan komputer menyimpan data dan kod mesin yang boleh dibaca dan diolah secara bebasnya (atau "dicapai secara rawak").[1][2] Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot ICAR di atas papan induk.
Jumlah kapasiti pada sesuatu modul ICAR itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur ICAR pula ialah Megabait (MB); 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul ICAR ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan)sekaligus. Teknologi “saluran duaan” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu modul ingatan sebanyak 512 MB.