Interchange | |
---|---|
Pengarah | Dain Said |
Penulis | Dain Said[1] |
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Jordan Chiam |
Disunting oleh | Herman K. Panca |
Syarikat penerbitan | Apparat |
Diedarkan oleh | GSC Movies (Malaysia)[2] Reel Suspect (Antarabangsa)[3] XYZ Films (Amerika Utara)[4] |
Tarikh tayangan | 1 Disember 2016 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 3.1 Juta |
Pecah panggung | RM 497,135 |
Interchange merupakan sebuah filem fantasi misteri Malaysia 2016[5] arahan Dain Said dengan skrip oleh Dain, Nandita Solomon, Redza Minhat dan June Tan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M. Nor. Filem ini mengisahkan kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra). Iva pula dalam perjalanan membebaskan jiwa suku kaumnya dari dalam plat kaca negatif pada masa lampau.[6] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.
|coauthors=
(bantuan)
|coauthors=
(bantuan)