Inti merupakan komponen pusat untuk kebanyakan sistem pengendalian yang mengatur penggunaan ingatan, peranti masukan dan keluaran, proses-proses, penggunaan fail pada sistem fail dan lain-lain dalam sains komputer. Kernel juga menyediakan sekumpulan layanan yang digunakan untuk mengakses kernel yang disebut panggilan sistem. Panggilan sistem ini digunakan untuk mengimplementasikan berbagai-bagai layanan yang diberikan oleh sistem pengendalian. Program sistem dan semua program-program lainnya yang dijalankan di atas inti disebut mod pengguna.
Inti Linux terdiri dari beberapa bahagian penting, seperti: pengurusan proses, pengurusan ingatan, pemacu perkakasan, pemacu sistem fail, pengurusan jaringan dan lain-lain. Namun bahagian yang terpenting ialah pengurusan proses dan pengurusan ingatan. Pengurusan ingatan meliputi penggunaan ingatan, kawasan pertukaran, bahagian-bahagian kernel dan untuk cache penimbal (buffer cache). Pengurusan proses menangani penggunaan proses-proses dan penjadualan proses. Pada bahagian dasar kernel terdapat pemacu perkakasan untuk setiap jenis perkakasan komputer yang disokong.