Marsyal Laksamana Isoroku Yamamoto | |
---|---|
Nama asal | 山本 五十六 |
Kelahiran | 4 April 1884 Nagaoka, Niigata, Empayar Jepun |
Meninggal dunia | 18 April 1943 berhampiran Panguna, Pulau Bougainville, Papua New Guinea † | (umur 59)
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Perkhidmatan | Tentera Laut Imperial Jepun |
Tahun perkhidmatan | 1901–1943 |
Pangkat | Marsyal Laksamana (anumerta) |
Unit | Armada Gabungan |
Arahan | Isuzu, Akagi Kementerian Tentera Laut, Markas Udara Tentera Laut, Armada 1, Armada Gabungan, Divisyen Kapal Tempur Pertama |
Pertempuran |
|
Anugerah |
|
Isoroku Yamamoto (山本 五十六 , Yamamoto Isoroku, 4 April 1884 – 18 April 1943) ialah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) dan merupakan Panglima Besar Armada Gabungan tentera laut bagi empat tahun pertama Perang Dunia II. Beliau secara umumnya dianggap panglima perang laut Jepun yang terhebat, dan antara pakar strategi tentera laut terbaik dalam sejarah.
Yamamoto menyandang beberapa jawatan penting dalam Tentera Laut Imperial Jepun, dan melakukan banyak perubahan dan penyusunan semulanya, terutamanya dalam membangunkan penerbangan laut. Beliau adalah panglima besar pada tahun-tahun awal Perang Pasifik dan telah bertanggungjawab bagi pertempuran-pertempuran besar seperti Pearl Harbor dan Midway. Beliau terbunuh selepas pemecah kod Amerika mengenal pasti jadual penerbangannya dan pesawatnya ditembak jatuh. Kematiannya merupakan satu tamparan hebat buat tentera Jepun semasa Perang Dunia II.